Sunday, December 4, 2016

Tak Adil

Masih wujud ke sikap TIDAK ADIL tu ?

Kadang bila difikirkan balik, sepatutnya takde sikap tu. Antara sebab wujud sikap tu ? Aku sendiri pn kadang taktahu kenapa. Kenapa bila aku nak, mesti xdapat. Tapi bila yg lain dengan mudahnya bagi, Alasan dia dah lama.  Dia selalu balik lambat. Dia banyak kerja.

Pernah laaa aku takde kerja n nak balik awal. Ayat aku dengar untuk aku "Kenapa balik awal? awak kan bujang lagi". Kau rasa tak apa aku rasa? Kau nak aku duduk melanguk kat ofis tunggu korg hbs kerja and balik? Kau nak aku buat mcmtu ke?

Kadang ye aku rasa tk adil. Adakah sebab aku bukan pekerja tetap? Oh ye, aku lupa aku hanyalah seorg pekerja yg takde taraf. Cukup setahun dah kena "tendang" kot. hahaha. Jawatan pn rendah. Kena pandang serong lagi adalah. Bukan nk kata semua pandang serong, Tapi ada laa beberapa org.

Kadang rasa lawak pn ada. Tapi nk buat mcmna, kau kena tetap tahan. Demi segenggam pengalaman untuk masa depan kau jugak. Kalau ikutkan hati, mmg nk berhenti and cari kerja lain. Tapi sebab masa depan, dan juga antara beberapa sebab, aku jadi kuat untuk terus duduk kat sini.


Takperlu laa ada sikap tidak adil dalam diri ni,
Tak memberikan apa-apa pn,
Melainkan kau rasa diri kau besar dan bagus

Maaf, aku sedar yang aku ni hanya insan yang menangih pengalam untuk masa depan. Tapi janganlah wujudkan sikap tidak adil dalam diri.


Maafkan insan kerdil ini yang meluahkan perasaan.

Friday, August 22, 2014

kejujuran

harus kah ad kejujuran dalam setiap apa yang diperkatakan?

28 sept 20xx

knp dgn tarikh ni ?
tarikh keramat, tarikh ni aku taklupa sampai skrg
sebab ? tarikh ni laa tarikh aku buat keputusan tanpa berfikir
sebab tarikh ni jugak laa aku dah kecewakan kau
sebab tarikh ni jugak laa aku melepaskan sesuatu yang paling brharga

buatmu ,
sekarang aku gembira sebab kau dah bahagia. senyum xlekang. mata kau makin sepet
mmg aku rindukan kau, tapi semuanya dah terlewat. tak guna kalau aku katakan pada kau semua nya ini
kau dah pun temui wanita yang mampu mmbuat kau tersenyum tak lekang di pipi. aku tumpang gembira.

hingga sekarang aku masih xdapat crik pengganti kau. aku taktahu kenapa aku tak boleh nak temui ssrg yang sama atau seakan mcm kau. kau SERIBU DALAM SATU. mungkin tu yg menyebabkan aku ssh nak cari pengganti kau, aku takkan crik kau, tapi aku selalu ikut perkembangan kau.

kau terlalu banyak bagi aku peluang, tapi sayangnya aku tak gunakan peluang yang kau bagi pada aku tu. sebab aku bodoh, sebab aku tak reti untuk berfikir. nak luahkan pun tiada guna nya lagi, sbb semuanya dah terlambat,
aku selalu doakan yang terbaik untuk kau, alhamdulillah skrg semua daa selesai, kau pn dah temui pengganti yang mampu buat kau bahagia. insya allah hingga ke akhir hayat kau,

-shazsimple-

Thursday, August 7, 2014

perahsia

susah untuk aku luahkan apa yang terpendam dalam isi hati ni . sekali terluah mungkin tiada lagi kata2 yang mampu membuat aku tersenyum .

aku terus memendam perasaan .

Tuesday, August 5, 2014

salah faham.

tegur untuk memperbaiki kesalahan

aku mungkin bkn org yang baik atau layak untuk menegur orang. tapi salah ke kalau kita tegur untuk kebaikan bersama? ye mungkin kerana aku tak baik, dan mungkin jugak aku tak layak untuk menegur, mungkin boleh menyebabkan salah faham.

aku minta maaf.


Thursday, August 9, 2012

sayu

yeah , hati aku sayu sangat . kenapa mesti jadi macam ni yea ?even aku senyum , ketawa tapi dalam hati aku menangis . bilakah penantian aku ini harus berakhir ?tahukah kamu apa yang aku rasa bila kau perlaku aku macam ni ?sungguh aku sayang kau sangat , even kita jadi kawan sekarang . aku aku nak juga rasa bahagia bila berkawan dengan kau . memang aku rindukan kau yang dulu , sangat wei , kau yang sangat menyayangi aku , tapi setiap perasaan dan hati manusia akan berubah . aku tahu kau rindu kan dia yang jauh nun di sana , kau menanti dan terus menanti . huuu aku cuba senyum , cuba sokong tapi hati aku sayu , alangkah indah kalau itu yang dilakukan untuk aku.

mungkin hati aku terlalu lembut, terlalu mengikut rentak sehingga aku seksa diri aku sebenarnya ,

lagu ini sangat bermakna , itulah yang aku tujukan pada kau . kau dengarlah lagu ini . walau apa pun , aku sayang kau , kau kawan aku.

:')

Sunday, July 15, 2012

tiada tajuk

yeah , aku tak tahu knp . sejak ni aku selalu rasa sayu . kenapa yea ? adakah itu hanya perasaan semata atau aku terlalu banyak berfikir ? erm , aku tak tahu nak luahkan macam mana , sebab makin lama hati aku makin sayu , sayu sangat .aku sendiri tak dapat nak jawab persoalan yang ada dalam diri aku . ada kala aku akan tersenyum sendiri sebab fikirkan apa yang terjadi , ahaha , erm kadang kelakar , kadang sedih , kadang nth . aku ~ :(

lagu menjadi peneman aku , setiap lagu ada makna yang tersendiri , alangkah indah kalau aku reti bermain alat musik , sebab aku boleh luahkan segala melalui lagu . nth sebab aku sendiri tiada cara ingin luahkan apa yang aku xluahkan lagi , ermmm :)

xoxo